UMNO ada kekuatan sendiri tarik sokongan rakyat


TANJUNG MALIM 4 Mac - UMNO tidak perlu menggunakan trend pemimpin pembangkang keluar daripada parti untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO mempunyai kekuatan sendiri untuk menarik sokongan rakyat tanpa perlu bergantung kepada perpecahan parti lain untuk berbuat demikian.
Menurutnya, tindakan beberapa wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti itu merupakan petanda baik kepada kepimpinan Melayu yang diterajui UMNO.
"Trend pemimpin pembangkang keluar parti bukanlah perkara baru kerana kita tahu pembangkang sudah rapuh sekarang. Tetapi UMNO bukan nak cari kekuatan daripada kelemahan orang lain.
"Kita ada kekuatan kita sendiri dan mereka (pembangkang) pasti tidak akan dapat meniru falsafah kita. Kita tidak perlukan mereka untuk tarik kepercayaan rakyat,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan Pusat Khidmat Kesihatan Yayasan Felda di Felda Sungai Klah, dekat sini hari ini.
Ahmad mengulas mengenai langkah beberapa pemimpin PKR keluar parti tersebut sejak kebelakangan ini termasuk bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin.
Turut berbuat demikian ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.
Jelas Ahmad, tindakan beberapa pemimpin PKR keluar parti itu bukan atas kehendak UMNO, tetapi mereka mempunyai alasan sendiri apabila bertindak demikian.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:50 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for UMNO ada kekuatan sendiri tarik sokongan rakyat

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]