Anwar dijangka kekal Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR 19 Mei - Penasihat Parti Keadailan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat akan terus kekal memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan membenarkan Penasihat PKR itu terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun DAP memiliki jumlah kerusi Parlimen yang lebih banyak berbanding PKR. "Perkara itu berlaku disebabkan oleh Anwar yang merupakan satu-satunya pemimpin Melayu yang menidakkan ketuanan Melayu di negara ini selari dengan perjuangan DAP. "Kit Siang dan Karpal Singh yang dulunya musuh Anwar kini dilihat sudah membela beliau di Parlimen dan di mahkamah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Kit Siang disaran mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat ekoran kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, kelmarin. Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan ketika membuat saranan itu berkata, sepatutnya pemimpin tertinggi parti pembangkang yang memiliki jumlah kerusi paling banyak di Dewan Rakyat akan menjadi ketua pembangkang. Ezam berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah DAP melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada pemimpin tertinggi parti lain.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:04 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Anwar dijangka kekal Ketua Pembangkang

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]