RM20j bangun Pusat Perniagaan Benut

PONTIAN 20 Mei - Syarikat pemaju, Welco Kemajuan Sdn. Bhd. melabur RM20 juta bagi membangunkan sebuah pusat perniagaan komersial yang dikenali Pusat Perniagaan Benut di sini.

Pengarahnya, Tan Wee Siong berkata, kerja-kerja projek pembangunan itu telah bermula awal bulan ini dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata, pembangunan pusat perniagaan itu melibatkan lima blok perniagaan iaitu dua blok bangunan tiga tingkat dan tiga blok bangunan dua tingkat.

"Kami yakin projek ini berjalan mengikut jadual sejak dimulakan awal bulan ini dan menjangkakan projek ini akan siap sepenuhnya pada awal Mei 2012.

"Dengan terbinanya pusat perniagaan ini, ia menjadi satu mercu tanda baru di Benut terutamanya bagi masyarakat tempatan," katanya selepas majlis perasmian pecah tanah Pusat Perniagaan Benut, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga merangkap Ahli Parlimen Pontian.

Dalam perkembangan sama Wee Siong berkata, projek tersebut akan menyediakan 47 lot perniagaan selain sebuah pasar raya membeli belah dan beberapa kemudahan asas yang lain.

Menurutnya, ini kerana pusat perniagaan itu terletak di lokasi strategik di antara bandar Pontian, Simpang Renggam dan Batu Pahat.

"Projek ini sudah pasti bakal menjadi tarikan terbaru kepada golongan peniaga dan tempat tumpuan orang ramai untuk datang ke Benut pada masa akan datang," katanya lagi.

Sementara itu, Ahmad optimis Pusat Perniagaan Benut itu akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi setempat yang lebih rancak bagi daerah Pontian.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:06 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for RM20j bangun Pusat Perniagaan Benut

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]