165 pelajar terima wang pendahuluan PTPTN


PONTIAN 17 Jun - Seramai 165 pelajar dari kawasan Parlimen Pontian menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 seorang sebagai persediaan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan politeknik.Wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan pada majlis yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Benut, di sini baru-baru ini. Turut hadir, Penolong Pengurus Kanan Bahagian Pinjaman PTPTN, Maslita Sharil dan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Ab. Rahim Lamin. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam ucapannya menasihati para penerima pinjaman itu supaya tidak melupakan jasa dan sumbangan yang dilakukan oleh kerajaan. "Gunakan peluang ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk bersama membangunkan negara pada masa depan," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 6:34 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 165 pelajar terima wang pendahuluan PTPTN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]