Aset FELDA Meningkat RM6.2 Bilion Menjadi RM15.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata nilai aset semasa dan tetap FELDA antara 2004 hingga 2009 meningkat RM6.2 bilion walaupun rizab tunainya menurun RM2.73 bilion dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata bahawa pada tahun 2004, FELDA mencatatkan nilai pemilikan aset berjumlah RM9.17 bilion manakala pada 2009, meningkat kepada RM15.37 bilion.

"Bagaimanapun kedudukan rizab tunai FELDA sedikit merosot iaitu sebanyak RM2.73 bilion bagi tempoh yang sama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin sebagai mengulas laporan sebuah akhbar pembangkang pada Isnin bahawa rizab tunai FELDA telah jatuh merundum.

Ahmad berkata rizab tunai FELDA merosot ekoran pelbagai perbelanjaan seperti RM2.41 bilion yang digunakan untuk pembangunan sosio-ekonomi.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:09 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Aset FELDA Meningkat RM6.2 Bilion Menjadi RM15.4 Bilion

  1. yb..tak mau mai tidoq di felda gunung bongsu hujung minggu ni?!
    (felda gunung bongsu dari pekan kulim,kedah bas nak pi sana pukui 5 dah tak dak)

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]