APMM Wilayah Utara Dapat Pejabat Baru Bawah RMK-10

APMM Wilayah Utara Dapat Pejabat Baru Bawah RMK-10

LANGKAWI, 5 Ogos (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (APMM) Wilayah Utara yang berpangkalan di Langkawi akan mendapat pejabat baru di Bukit Malut di sini di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RM10).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pejabat baru itu akan dibina di kawasan seluas 4.4 hektar bersebelahan Pejabat Kastam Langkawi bagi mengganti pejabat sekarang yang disewa.

"Harga tanah bernilai RM10 juta manakala pembinaan bangunan baru itu tidak dinilai lagi," katanya pada sidang media selepas melawat pejabat APMM Wilayah Utara di sini pada Khamis.

Terdahulu beliau diberi taklimat oleh Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara Laksamana Maritim Zulkifli Abu Bakar mengenai operasi APMM.

Ahmad berkata 2,257 pemeriksaan dilakukan tahun ini bagi wilayah utara dan daripada jumlah itu 217 tangkapan pelbagai kesalahan dilakukan membabitkan nilai rampasan menjangkau RM1.5 juta, dengan yang terbesar membabitkan rampasan ganja mampat 237 kilogram bernilai RM600,000 Mei lepas.

Katanya selain itu APMM berjaya membenteras kegiatan penyeludupan rokok, minyak, pencerobohan nelayan asing dan pendatang tanpa izin.

Menurutnya kerjasama erat APMM dengan masyarakat tempatan amat baik kerana kehadiran agensi itu membantu mereka terutama nelayan tempatan menambah pendapatan berikutan kurang kes-kes pencerobohan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:29 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for APMM Wilayah Utara Dapat Pejabat Baru Bawah RMK-10

  1. Saya warga persisir pantai menyokong penuh. hasrat kerajaan untuk menjadi satu agensi sahaja yang bertanggungjawab di atas perairan negara. Dengan slogan satu malaysia satu Maritim. Oleh itu memang patut aset pdrm, kastam, perikanan, jbtn laut di ambil oleh APMM dan anggota yang ada patut diberi opsyen kerana :

    1.Ini akan menjimatkan kos dan wang rakyat.
    2.Tidak menggalakkan persaingan memiliki aset yang canggih.
    3.Segala kos operasi dan senggaraan bot dapat di uruskan dengan efektif kerana satu agensi sahaja seperti di Amerika dan India.
    4. Pengkalan dan pejabat yang sedia ada diserahkan kepada APMM.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]