Yayasan Felda sumbang 100 jenis ubat-ubatan ke Gaza

Yayasan Felda sumbang 100 jenis ubat-ubatan ke Gaza

PUTRAJAYA 6 Ogos – Yayasan Felda hari ini menyumbangkan 100 jenis ubat-ubatan bernilai kira-kira RM30,000 kepada Misi Bantuan Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza yang akan bertolak esok.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kepada Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ahmad berkata, sebuah tabung bantuan kemanusiaan Palestin akan diwujudkan di 11 siri Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) yang akan diadakan di seluruh negara bagi membolehkan warga Felda turut memberi sumbangan kepada negara yang dicengkam oleh kekejaman Israel itu.

Beliau berkata, ini termasuk semasa kemuncak karnival itu yang akan diadakan di sini Disember nanti, yang dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kesemua sumbangan ini akan kita serahkan kepada Kelab Putera 1Malaysia untuk diserahkan kepada penduduk Palestin dalam misi bantuan akan datang,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:32 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Yayasan Felda sumbang 100 jenis ubat-ubatan ke Gaza

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]