151 terima sumbangan UMNO Ampang

Ahmad Maslan dan Ismail Kijo (berdiri, kanan) menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada warga emas dan golongan miskin pada Program Juara Rakyat di surau Kampung Melayu Tambahan, Ampang, Selangor, kelmarin.

AMPANG 9 Sept. - Sebanyak 151 yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan miskin menerima bantuan Aidilfitri RM100 setiap seorang menerusi program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Ampang di sini kelmarin.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di surau Kampung Melayu Tambahan, Ampang sebelum majlis berbuka puasa.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo yang turut hadir berkata, selain itu sebanyak 30 lelaki dan 35 perempuan yang menjayakan tadarus al-Quran di surau berkenaan turut menerima sehelai kain pelikat dan sepasang persalinan baju kurung.
Pada majlis itu juga diadakan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama-sama jawatankuasa UMNO Bahagian Ampang dan penduduk setempat.
Ismail, yang juga Penyelaras Parlimen Ampang berkata, bantuan kepada golongan kurang bernasib baik menerusi program Juara Rakyat itu akan diteruskan selepas Aidilfitri kerana masih terdapat mereka yang layak menerima bantuan tersebut.
"Ini membuktikan kami sentiasa prihatin kepada golongan kurang bernasib baik secara berterusan," ujarnya.
Sementara itu Ahmad dalam ucapannya menasihatkan umat Islam agar terus mengekalkan perpaduan dan bersedia untuk mengubah sikap menjadi lebih rajin bekerja bagi menjana ekonomi masing-masing.
"Sudah sampai masanya orang Melayu serius menceburi bidang perniagaan bersesuaian dengan sunah Nabi Muhammad SAW, apatah lagi selalu disebut bahawa sembilan daripada sepuluh punca kekayaan itu adalah datangnya daripada perniagaan yang pernah dipraktikkan oleh Rasulullah sendiri," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:52 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 151 terima sumbangan UMNO Ampang

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]