593 pelajar terima komputer riba

593 pelajar terima komputer riba


HM - Aug 27, 2010

PONTIAN: Seramai 593 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut di sini, menerima komputer riba di bawah inisiatif jalur lebar negara disumbangkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), baru-baru ini.

Pemberian komputer riba itu membolehkan pelajar kurang berkemampuan memilikinya dalam usaha meningkatkan minat serta kemahuan mereka untuk sama menerajui bidang teknologi maklumat (IT) sekali gus meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga.

Seorang penerima, Haslinda Ahmad Dolajis, 15, berkata, pemberian komputer riba itu sangat bermakna kerana selama ini dia hanya menggunakan komputer ketika menghadiri kelas komputer saja.

"Bapa menyara keluarga dengan mengambil upah berkebun dan dengan pendapatan rendah, ia hanya mampu menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Kini saya sudah memilikinya dan akan berusaha bersungguh-sungguh mendalami ilmu IT untuk pembelajaran selain masa depan," katanya yang juga anak keempat daripada empat beradik.

Bagi Mohd Zharif Abu Bakar, 15, impian memiliki komputer riba sendiri sebelum ini hanya sekadar impian dan angan-angan kerana memerlukan belanja besar.

"Saya akan menggunakannya sebaik mungkin dan ia menjadi pemangkin kepada saya untuk cemerlang dalam pelajaran," katanya yang juga anak ketiga daripada lima beradik dan bercita-cita menjadi pegawai tentera.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk AhmadMaslan berkata, pelajar yang menerima komputer riba itu terdiri daripada golongan terpilih membabitkan anak ibu bapa kurang berkemampuan.

"Pemberian siri kedua akan dibuat dalam tempoh terdekat dan diharap, pelaburan kerajaan ini dibalas dengan usaha keras pelajar untuk cemerlang dalam pendidikan.

"Tidak semua pelajar menerima bantuan komputer riba kerana ia khusus pelajar luar bandar selain daripada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan," katanya pada majlis Penyampaian Komputer 1Malaysia di Dewan Baiduri sekolah itu.

Menurut beliau, pelajar ingin melayari Internet percuma untuk proses pembelajaran hanya perlu mengunjungi pusat jalur lebar berhampiran.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 4:05 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 593 pelajar terima komputer riba

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]