ULASAN UNTUK KENYATAAN TUN M DALAM UTUSAN HARI INI (24/9/2010)

Melayu hilang kuasa jika pembangkang memerintah [Ulasan utk berita m/s depan Utusan Msia hari ini]: Ingatan Tun Mahathir itu amat penting kpd kita semua, kepada org Melayu dan bukan Melayu juga bumiputera yg lain.. Jika Melayu hilang kuasa politik di negara ini, Malaysia tidak akan harmoni & aman seperti yg kita nikmati sekarang.. Akan ada kumpulan berhaluan ekstrem yg memporak perandakan kestabilan politik.. Ekonomi dan perniagaan akan terjejas.. Kehidupan dan perpaduan akan tergugat..Itu gambaran & bayangan negara ini tanpa kestabilan politik.. Segala yg dibina akan hancur.. Jangan kita anggap kestabilan itu datang dengan sendiri.. Ia senantiasa diatur secara sistematik oleh Kerajaan BN utk sekian lama.. Keadaan kelihatan terkawal dlm negeri2 yg diperintah oleh pembangkang sekarang ini disebabkan oleh Kerajaan Pusat masih kukuh dikuasai oleh BN.. Kita masih ada PM, TPM & Kementerian/agensi yg kukuh sebagai pengubat kepada kekecewaan rakyat di negeri2 berkaitan.. K'jaan Pusat masih membangunkan negeri2 pembangkang.. Malahan segala pembangunan yg ada di PPinang, Selangor, Kedah & Kelantan dibina oleh K'jaan Pusat BN..Mereka sekadar menumpang tuah segalanya yg telah dibina..Melayu, Bumiputera adalah majoriti di negara ini, 67%..atau 2/3 penduduk.. Bayangkan jika rakyat majoriti hilang kuasa politik dlm pada masa yg sama tidak menguasai kuasa ekonomi..Mohon Allah jauhkan daripada keadaan Malaysia yg akan hancur.. Harap keseimbangan yg ada kini tidak akan hilang..Jika keseimbangan kuasa politik & ekonomi sudah tiada, maka segalanya akan jatuh berderai.. Orang Melayu yg menjadi penduduk majoriti di negara ini mesti bersatu.. Semangat perkongsian kuasa politik yg diamalkan dlm kerukunan setiakawan BN mesti dikekalkan.. Jangan kita mencuba menggadaikan masa depan dengan memilih pakatan rapuh pembangkang.. DAP tidak pernah sehaluan dengan PAS.. DAP inginkan negara sekular, PAS inginkan negara Islam.. PKR pula menghadapi masalah kepimpinan yg serius dgn 5 ADUN & 5 MP mereka keluar parti menjadi Bebas.. Ini rekod dlm sejarah M'sia.. Mana ada 10 YB pernah keluar dari sesebuah parti.. Jangan gadaikan kestabilan politik negara, keharmonian kaum yg jitu, kemakmuran hidup dgn ada pekerjaan, kemantapan ekonomi dlm pasaran antarabangsa.. Jangan undi pakatan pembangkang dlm PRU13 nanti..Undilah BN untuk kestabilan.. Undi untuk Gagasan 1Msia.. Gagasan yg meraikan kepelbagaian kaum sebagai suatu kekuatan.. Undilah BN utk sebuah kerajaan yg mengiktiraf Melayu sebagai bangsa majoriti tetapi pada masa yg sama sanggup berkongsi kuasa politik dgn kaum2 yg lain.. Undilah BN utk sebuah kerajaan yg tidak mengambil hak kaum lain utk menguasai ekonomi tapi pada masa yg sama berusaha agar majoriti bumiputera juga diberi ruang & peluang utk menikmati kek ekonomi yg berkembang.. Dgn prestasi & rekod cemerlang BN selama ini, yakinilah BN akan tetap menjadi pilihan.. Insya'Allah.. [Ahmad b Maslan 24/9]

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:29 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for ULASAN UNTUK KENYATAAN TUN M DALAM UTUSAN HARI INI (24/9/2010)

  1. Memang benar 100%. Selama ini pun tak pernah lagi terjadi dimana orang Melayu membangkang kekayaan orang Cina/India. Mereka (orang Melayu) tak pernah kata yang mereka akan merompak kekayaan dari orang Cina/India. Yang jadi ceritanya Orang Cina dan Indialah nak jadi tuan kepada yang majoriti dan nak merompak hak orang Melayu.

    53 Tahun merdeka terdapatkah hak orang Cina/India yang diketepikan. Sekolah Cina/India, penggunaan bahasa ibunda, kebebasan beragama, kebebasan kebudayaan adakah diharamkan dinegara ini?.

    Adakah hak kekayaan orang Cina di rampas oleh orang Melayu dan adakah orang Cina dan India tidak diberi peluang untuk menjadi kaya-raya di negara ini.

    Atau mereka ini(Cina dan India) telah di zalimi oleh Melayu seperti Yahudi menzalimi Arab di Asia Barat iaitu di Plastine atau seperti orang Kristian menzalimi orang Islama di Bosnia satu masa dulu?.

    Janganlah kerana tamakkan kuasa, yang ada pada hari ini akan hilang atau terhakis kerana perbuatan sendiri.

    Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu akan bangkit melawan balik andainya mereka terus kehilangan hak. Dan yang ruginya adalah semua pihak.Melayu akan bangkit bila tersepit kerana Melayu tidak bodoh atau lemah seperti yang disangkakan. Selama ini orang melayu hanya lebih berteloransi. Jangan ambil kesempatan. Perlu diingat bahawa yang ramai menjadi tentera dan polis melawan pengganas komunis semasa darurat dulu adalah orang Melayu. Jadi orang Melayu tak takut mati dan sentiasa sanggup berjuang. Genetik pahlawan ini masih ada disanubari generasi Melayu sekarang. Hero dan keganasan dalam filem Cina/Tamil hanyalah khayalan sahaja yang mama ianya tak serupa dengan realiti dalam msyarakat di Malaysia.

  2. salam,

    sokong zahari.

    melayu perlu kekal sebagai tuan rumah kerana sifat orang melayu yg suka melayan tetamu baik yg dekat mahupun yg jauh dgn ikhlas & sentiasa tersenyum...

    walaupun ada melayu yg mahu tuan rumah ni bersikap lebih liberal dgn memberi kesaksamaan hak kpd tetamu namun perlu diingat ruang tamu lebih sesuai utk mereka. bilik tidur, dapur, ruang solat & ruang2 lain tetap hak tuan rumah....
    harap maklum.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]