BAPAK mudahkan peneroka FELDA salur aduan










AHMAD (dua dari kiri), Dzulkifli dan Rozali (kanan) ketika majlis perasmian BAPAK di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) dilancarkan semalam bagi memudahkan dua juta peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengemukakan aduan serta maklumat secara terus kepada badan itu yang bertindak sebagai perantara.

Berikutan itu, 317 sukarelawan dari 317 tanah rancangan FELDA di seluruh negara dilantik menjadi wakil penghubung di antara Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dan masyarakat FELDA, dengan misi ‘Masalah Anda, Masalah Kami.’ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan menyambut baik penubuhan BAPAK dan menyifatkan ia sejajar dengan matlamat menjana transformasi generasi baru FELDA.
Katanya, Datuk Seri Najib Razak sudah dimaklumkan mengenai penubuhan badan itu malam kelmarin dan Perdana Menteri yang merestuinya berharap ia memberi faedah kepada semua warga FELDA terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan warga FELDA.

“Memang sudah ada saluran bagi warga FELDA mengemukakan aduan dan BAPAK boleh dianggap saluran tambahan. Lebih banyak saluran lebih bagus kerana kita boleh selesai lebih banyak masalah dengan lebih cepat.

“Kita perlu juga beri perhatian kepada aduan longkang tersumbat, anak mahu ke asrama penuh, perubatan, kesihatan dan mereka yang mahu mendapat surat sokongan. BAPAK sedia membantu,” katanya selepas melancarkan BAPAK di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail yang menaja segala perbelanjaan yang diperlukan biro berkenaan.
BAPAK beroperasi di ibu pejabat GWGF di Tingkat 9, Plaza SunwayMas, di sini dan boleh dihubungi menerusi talian bebas tol 1-800-88-4943, e-mel; aduan@gwgf.org.my, khidmat pesanan ringkas 019-3894943, faksimili 03-55180996 dan portal aduan www.gwgf.org.my/aduan.

Aduan yang diterima BAPAK berkaitan FELDA akan disalurkan terus kepada jawatankuasa khas FELDA-GWGF yang dianggotai 10 ahli jawatankuasa iaitu lima wakil FELDA dan lima wakil GWGF untuk mereka berbincang mencari mekanisme penyelesaian terbaik.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:18 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for BAPAK mudahkan peneroka FELDA salur aduan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]