Home / /

BAPAK saluran aduan, pendapat baru warga Felda

SHAH ALAM 21 Nov — Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan BAPAK yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merestui penubuhan BAPAK dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan BAPAK di sini hari ini.

Beliau berkata, BAPAK dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.

Katanya BAPAK merupakan idea Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:22 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]