Ahmad Maslan tolak debat isu masalah Felda

LABIS 26 Jan. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak pelawaan Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu.

"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi.

"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut,” katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di sini hari ini.

Beliau berkata, Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:51 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ahmad Maslan tolak debat isu masalah Felda

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]