Bankrap jika serah tanah

LABIS 26 Jan. - Felda akan bankrap jika tanah Felda Plantation Sdn. Bhd., diserahkan kepada anak-anak peneroka, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, ini kerana Felda Plantation memberi sumbangan besar kepada keuntungan dan menyalurkan dana untuk pembangunan di kawasan Felda di seluruh negara.

"Baru-baru ini Perdana Menteri umumkan RM1.6 bilion untuk membangunkan lagi kawasan Felda di seluruh negara. Semua dana itu bukan wang daripada kerajaan dan sumber itu daripada Felda Plantation.

"Dengan RM1.6 bilion inilah kita bayar gaji, dana tuisyen percuma, bayar bonus, tingkat prasarana, beri kemahiran, bantuan khairat kematian termasuk pinjaman perumahan kepada warga Felda. Kalau Felda Plantation diserahkan kepada anak peneroka, semua itu sudah tidak ada lagi dan Felda akan bankrap," katanya di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, jika diserahkan seperti dijanjikan pembangkang dalam Pelan 100 Hari mereka, kira-kira 63,000 pekerja Felda dan pekerja ladang terpaksa berhenti kerja.

"Mereka ini akan diberhentikan kerja kerana tak ada duit hendak bayar gaji. Jadi, Pelan 100 Hari pembangkang ini adalah khayalan dan cuma janji untuk politik," tegasnya.

Menurut beliau, tanah Felda Plantation di seluruh negara seluas 330,000 hektar termasuk 87,000 hektar adalah di Sabah.

"Kalau kita bahagikan 330,000 hektar kepada kira-kira 1.6 juta peneroka, setiap orang hanyadapat satu ekar (0.4 hektar).

"Kalau kita nak bahagikan juga seluruh tanah Felda Plantation termasuk di Sabah kepada orang Semenanjung, tentu orang Sabah marah," katanya.

Ahmad menjelaskan, semua pihak kena memahami bahawa penubuhan Felda untuk membasmi kemiskinan dengan memberi empat hektar (10 ekar) tanah kebun dan sebidang tanah (suku ekar) untuk rumah.

Menurutnya, sejak ditubuhkan lebih 50 tahun lalu, Felda berjaya mencapai misi untuk membasmi kemiskinan tegar.

Dalam pada itu beliau turut mengedarkan buletin Pembaharuan Felda yang telah dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sejak diberi tugas menjaga hal ehwal Felda beberapa tahun lalu.

"Buletin ini mempunyai penjelasan kepada semua yang dilakukan Perdana Menteri untuk memaju dan meningkatkan lagi pembangunan di Felda seluruh negara," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:52 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Bankrap jika serah tanah

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]