Tanah Felda kubu kuat BN

KUALA KRAU 21 Feb. - UMNO yakin penduduk di tiga rancangan Felda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut 6 Mac ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda merupakan salah satu kubu kuat BN sejak dari dahulu lagi.
"Kita melihat pada PRK DUN Tenang baru-baru ini, BN menang di semua tanah rancangan Felda di situ.
"Ia menunjukkan peneroka Felda amat menyokong kerajaan kerana banyak usaha dilakukan bagi membantu mereka selama ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan ke Felda Jengka 22 di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yakin peneroka Felda sentiasa bersyukur dan akan menyokong sepenuhnya aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambahnya, terdapat tiga tanah rancangan Felda di DUN Kerdau iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 yang pengundinya berjumlah 3,011 orang.
Katanya, kawasan itu mewakili tiga peti undi daripada keseluruhan iaitu sebanyak 13 undi bagi DUN Kerdau.
Sementara itu beliau memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta untuk membina gelanggang futsal dan dewan serbaguna di Jengka 22 dan 25.
Katanya, dewan dan gelanggang itu sedang dibina di kawasan Felda terbabit.
"Pembinaan kemudahan itu untuk membolehkan penduduk Felda terutama golongan belia bergiat aktif dalam sukan dan menghindarkan mereka daripada perkara yang negatif," jelasnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:52 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Tanah Felda kubu kuat BN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]