FELDA belum muktamad guna baki wang KWSP

KUALA LUMPUR: FELDA belum memutuskan sama ada ingin menggunakan baki pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM3 bilion atau pun memulangkannya kembali memandangkan harga komoditi kelapa sawit dan getah semakin meningkat.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata KWSP meluluskan pinjaman sebanyak RM6.5 bilion kepada FELDA dan daripada jumlah itu sebanyak RM3.5 bilion sudah dibelanjakan.
Beliau berkata, dakwaan pihak pembangkang bahawa pinjaman berkenaan dilakukan FELDA kerana muflis adalah tidak berasas dan yakin mampu menyelesaikan pinjaman berkenaan dalam tempoh 10 tahun.
“Sebanyak RM1.5 bilion dibelanjakan untuk membeli syarikat gula (MSM Malaysia Holding Bhd) dan selebihnya digunakan bagi tujuan tanaman semula kebun peneroka.

“FELDA dan peneroka memiliki 71 ekuiti dalam MSM dan ia disenaraikan di Bursa Saham dua hari lalu... hasilnya kini kita memiliki dana terkumpul sebanyak RM1.1 bilion tunai,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:38 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for FELDA belum muktamad guna baki wang KWSP

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]